Khamis, 24 Disember 2009

♥♥ANDAI CINTA HENDAK DIBERI...♥♥

Assalamualaikum W.B.R dan Salam Ukhuwah..

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti". Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan.

Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang yang :

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda dan pemudi yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai muslim atau muslimah dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah anda jika diintai calon yang demikian sifatnya...

Wallahualam..

ANDA BACA ANDA TENTUKAN

Semaikan Cinta Kita Begini....♥♥


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..



Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..



Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
insya-Allah..AMIN

Selasa, 22 Disember 2009

DiCiNtAi & MeNcInTaI...

Kiter renungkan sesama... mungkin ade hikmah disebaliknya..



"I LOVE U"



Description:



1. Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia.Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak Menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.


2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.

Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu.

Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu.

Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.


Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.



3. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah Membahagiakan kamu.


Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda,dia akan kembali.



4. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu.Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.


Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita,yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.



5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.


Ulasan: Masa tidak menunggu kita.Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.


6.Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya..Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."


Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.


7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada.


Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.


Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu Ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.


8. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi,tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita.

Tetapi Sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.


9. Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.


10. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita Bermain ikut peraturannya.Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk Mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.


11. Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia Cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...


12. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda Kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.


13. Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda Cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai..Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda.Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.


14. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.


15. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.


Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.


Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari.

Apabila anda bercinta..Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami.Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil.Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar.Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini.Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur;tetapi untuk anda mencintai...

Isnin, 21 Disember 2009

Sebarkan..



KHAS BUAT DIRIMU
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-​pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..


Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,​memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-​malam.​.​kadang-​kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya.​.​
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah.​.​
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia.​.​menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh.​.​(​calling)​
saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple '​jiwang-​jiwang'​ je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungja​wabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-​depan.​.​huhu~​~​
Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..
"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-​jiwang.​.​
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-​nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."
Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-​mengingati.​.​"​


******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-​panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"​Assalamualaikum​,​ bang, saya nak tanya sikit boleh?"
"​Em,​boleh.​.​duduklah.​ Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la.
Bukan rapat biasa,tapi rapatla..""Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple.Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt.
Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"​Sebenarnya.​.​couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan,
begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki.
Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.
Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina.
Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami.
Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi.
Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara.
Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka.
Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-​perbuatan mereka,
lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah),
sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-​Anakabut,​Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah,
setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan.
Walaupun nta berpandangan tajam,maksudnya nta berilmu tinggi.
Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik.
Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan.
Lagipun,takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah.
Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg.
Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju.
Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi.
Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki.
kalau nta janji tak nak call die pula,nta dapat elak zina telinga dan zina lidah.
Tapi akhi..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya
tentang bagaimana menghampiri zina tu.
Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita.
Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap,
tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat.Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.Hakikatnye,macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya.
Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred.Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan.Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana.Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka
untuk rapat dengan dia.Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri
pula,saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni.Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni.
Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun,mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni,kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun,yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang.Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin,die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta,apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple.Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah.Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor.Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain,boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditakdirkan nta satu universiti dengan dia,satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akhi, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina.Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri.Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..

abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."
Alamak..tak boleh lari lagilah nampaknye.​.​saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya.​.​Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye.
Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-​tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik,susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya,inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"​Assalamualaikum​.​.​Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam.Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa.Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah.Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga.
Assalamualaikum​.​.​"​

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal.
Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..
saya tekan juga button [send]
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang.
Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms,
dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.​.​"​

Malam tu saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..
Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-​Baqarah,​ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui.


*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.
Dalam usaha nak lupekan awk,bukan senang,tapi saya terus cuba.
Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil..
Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya".
Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu,selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum​.​.​saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga.
Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.​.​Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-​lamanya.​

(buat renungan kite bersame)

Sabtu, 19 Disember 2009

Matahariku..


tertutup sudah pintu, pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau


Aku mnta maaf krn menutup hati ini tuk di miliki sesiapa lg krn aku X mhu t'luka lg..aku X sgup di sakiti lg..Aku X rela jika terjadi lg sume itu..Aku takut aku X begitu kuat nk laluinya sekali lg..
Hati ini milik siapa???aku X thu siapakah yg sepatutnya yg layak b'ada di hati ku ini..Aku X ada jawapan krn semua jawapannya ada sama Tuhan..Saban hari aku b'd0a & b'harap agar Tuhan mempertemukan aku dgn sese0rg yg dpt m'jaga hati ini seadanya aku manusia biasa & hamba pada PenciptaNya..Aku biarkn Tuhan berbicara ttg cntaku pd makhluk ciptaanNya yg bernma lelaki..Aku serahkn sepenuh hati & seluruh jiwa ku hnya mem0hon petunjuk yg t'baik dariNya..
Sekian lama ku biarkn hati ini k0s0ng X terisi..Sekian lama jgk aku relakan kesunyian & kesepian menemani hatiku ini..Hari2ku sepi lg sunyi tnpa insan b'nme kekasih..Aku lewati hari2ku sendiri tnpa di temani sesiapapn melainkn diriMu wahai Tuhanku..Aku lalui semua ini demi Tuhanku..Aku m'cri redhaNya..Aku m'inginkn restu dariNya..Aku X mhu di cintai & mencintai krn nafsu semata2..Aku hnya inginkn cinta yg berlandaskn batas2 syariatNya..Maka,ku biarkn Tuhan yg tunjukkn pd ku ttg hari2ku..Aku m0hon petunjuk dariNya tuk semuanya..jd0hku..mse dpn ku..hd0p & matiku tlh ku serahkn semuanya pdNya..
Wahai matahariku!!!Aku biarkn hatiku sunyi lg sepi..Aku trus m'nutupnya tnpa peduli siapa pn yg dtg tuk cuba membukanya..Aku kunci ianya supaya X ada siapapn yg dpt m'bukanya lg tnpa izin dariMu..Aku biarkn ianya terkurung spt seek0r burung yg berada di dlm sangkar..Aku biarkn ianya kese0rgan & bersendiri tuk jalani hid0p ini..Aku X mhu ade se0rg pn yg dtg menggnggu gugat kehid0pannya di sna..Aku X mhu ianya m'rsai bnda yg sme setiap kali ianya terluka & kcewa..
Tapi smpai ble harus ku tutup pintu hati ku ini???Aku X thu????Aku X ada jawapannya..tnyalah pd Tuhan krn hnya Tuhan yg thu segala2ya ttg diri ini..hnya Tuhan jua yg bisa membukakn kembali pintu hatiku ini..Berd0alah agar hatiku yg keras ini luluh bkn krn mencintai ses0rg..ttp luluh krn d0a2 yg ikhlas yg dtgnya dr sese0rg yg ikhlas menyintaiku & menyanyangiku serta mengasihiku hnya krn ALLAH..Tuhan tunjukknlah hati ini milik siapa???

Jumaat, 18 Disember 2009

kalau kau adalah air di dalam mataku..

kalau kau adalah air di dalam mataku,aku tidak akan menangis kerana aku tidak mahu kehilanganmu..

Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak..

Jika aku bukan pelita yang mampu menerangi malam..memadailah aku menjadi kunang-kunang yang menemani dikegelapan..

Bukankah cinta itu aku? Cinta itu kamu? Cinta itu DIA? Cinta itu mereka? Bukankah cinta ialah cinta itu sendiri .. dan kita, lagi lagi adalah cinta..

kalau kau adalah air di dalam mataku , aku tidak akan menangis kerana aku tidak mahu kehilanganmu

Menyayangimu bukan bererti ku menyintaimu, menyintaimu bukan bererti aku akan memilikimu…..

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan kurnia dari Illahi, tetapi kita harus sedar bahawa keabadian cinta itu tidak akan diperolehi sebagai kurnia seandainya kita tidak berusaha dan bersusah-payah untuknya.

Jangan pergi dari saya.Sampai akhir masa saya akan cuba memenangi hati awak,sehingga akhir hayat saya.Ketika itu jika awk ingin pergi dari saya,pergilah..

Saya telah menipu..Menipu mengatakan saya benci awak ada di sisi saya..

Saya tahu dalam hati awak tidak ada saya,tetapi kenapa hati saya terlalu sakit?

CINTA..KASIH..SAYANG..HATI..


CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?

tak perlu mencari teman secantik
balqis, andai diri tak sehebat sulaiman

mengapa mengharap teman setampan
yusuf jika kasih tak setulus zulaikha

tak perlu mencari teman seteguh
ibrahim, andai diri tak sekuat hajar, dan

mengapa di damba teman sesempurna
muhammad jika ada kekurangan pada
dirinya, dan terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan dan carilah kebaikan
pada dirinya, bersyukurlah di
pertemukan dengannya dan berdoalah
agar dia menjadi milik kita untuk
selamanya.....

title : TULANG RUSUK..


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu,saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak,lalu menatap WANITA dengan pasti)Kamu,tulang
rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari
tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya,tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin,pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.Setelah itu,pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas.Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran
WANITA lari keluar rumah.Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu
tidak cintakan saya lagi!!

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak"Saya menyesali perkahwinan ini!Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!

*p/s = jika yg sblm nie mgkin bkn tulang rusuk mu..terimalah hakikat itu,nt tulang rusuk mu yg btl akn mncul,kmu pthnkan la dia bek2 dr yg sblm2 ni..

♥♥..PeLiHaRaLaH HaTimU ..♥♥

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana akhlaqnya.

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

~ tulang rusuk yang bengkok ~

Aku Redha Dengan Perpisahan Ini..


Aku Redha Dengan Perpisahan Ini Ya ALLAH,aku bersyukur diatas perpisahan ini,kerana ku yakin Engkau MAHA MENGETAHUI segalanya,mungkin si dia bukanlah yg terbaik untuk diriku..Ya ALLAH ku berserah segalanya padaMu..

Kurniakanlah kebahagian pada dirinya hadirkan lah insan yang terbaik buat dirinya..MOga dirinya tidak terus hanyut dibuai dunia yang hanya sementara..Ya ALLAH ku tahu ini adalah kafarah segala dosa-dosa yg telah ku lakukn..Mungkin ini adalah balasan yang setimpal harus ku alami..

Aku Redha,aku pasrah jika ini merupakan hukuman dari-MU..Pada-MU ku bermohon..Pada-MU ku berserah..Hadirkanlah kebahagiaan yang abadi,kau bantulah diriku mencari ketenangan disebabkan perpisahan ini..

Kupohonkan petunjuk Illahi..Hadirkanlah insan yang sejati..Menemani kesepian ini..Mendamaikan sekeping hati Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan..Hanya cinta-MU yang kuharap..Hanya kasih-MU yang kudamba..

Andai dia..Sang kumbang KAU utuskan buat perantaraan, Aku terima dengan redha, Namun padanya ingin ku berpesan," Maaf jika hati ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika cinta ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika masaku tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika ketaatan ini tidak sepenuhnya milikmu, Kerna ia adalah milik-Nya..

Namun jika insan lain dijadikan perbandingan,Kau tetap akan ku cinta,Hati ku tetap untukmu,Kau tetap akan ku taat,Masaku tetap untukmu,Jika kerna tidak dapat memiliki sepenuhnya,Lantas kau menjauhi,Aku redha,Kerna DIA mengatasi segalanya,"Aku pasrah,Andai ditakdirkan bersendirian sehingga ke akhir hela nafas, Kerna ku yakini,Cintaku pada-Nya adalah cinta azali,Kerna janji-Nya adalah janji yang pasti,Kerna DIA takkan mempersiakan,Kerna DIA takkan mengecewakan,Lantas ku akur,Kubukakan hati,Ku luaskan minda,Ku terima sang hakikat dengan penuh ketenangan..

Sesungguhnya,Perjalanan hidup ini telah tertulis,Rentetan hayat ini telah tersurat Ya Allah..Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian Penentu jodoh pertemuan,Seandai dirinya tercipta untukku,Relaku menjadi miliknya..AMIN..Namun seandainya dirinya bkn tercipta untukku,aku redha..


Buat teman-teman yang diingati.. Jangan dicinta kerana dia lelaki,Kelak kita akan membenci..Jika dia bukan lelaki yang dicari,Hanya pandai menabur janji..Jangan di rindu pada paras rupa,Kelak kita akan terseksa..Jika dia tidak sebaik rupanya,Senyumnya manis tipu belaka..Jangan disayang kerana berharta,Kelak kita hidup menderita..Jika hartanya habis dibelanja..Sukar hidup, miskin dan papa..Jangan dikasih kerana dipuji,Kelak kita menagih janji..Jika rupa berkedut dimamah hari,Hilang sudah puji memuji.. Jangan dicari seorang kekasih,Kelak kita akan disisih..Jika kasih luntur bersih,Menangislah diri hidup bersedih.. Jangan disambut salam rindu,Kelak kita menahan sendu..Jika rindu tak dapat disatu,Dimanakah kita akan mengadu..Jangan dilayan seorang teman,Kelak hidup menjadi ancaman..Jika teman tidak beriman,Dibakar api hari kemudian..Wahai sahabat wahai teman..Carilah dia kerana Tuhan..Untuk menambah ceteknya iman..Bekalan diri hidup berteman..Wahai sahabat wahai teman..Cintalah dia kerana beriman,Dijadikan Tuhan sebagai pasangan,Baik buruk ketentuan Tuhan..Wahai sahabat wahai teman..Terimalah dia penuh keikhlasan,Andai buruk angaplah dugaan,Andai baik pujilah Tuhan..Wahai sahabat wahai teman..Ingatlah akan janji Tuhan..Isteri yang baik besar balasan Suami penyabar itulah kemenangan..
Free A Curlz MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
 
Template designed using TrixTG